fb fb fb fb fb

JAWI siasat perarakan gaya hidup songsang

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk menyiasat satu perarakan yang dikatakan ada kaitan dengan gaya hidup songsang di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka di ibu negara.

Dalam satu kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan JAWI selaku pihak berkuasa agama tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Jelasnya, pihaknya telah menerima laporan serta maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu dan JAWI akan melakukan penyiasatan dengan kerjasama polis.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar)

Beliau turut menegaskan, sebarang usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan tidak boleh diterima sama sekali.

Mohd Na'im meminta semua pihak supaya akur dan menghormati kedudukan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ahad lalu, polis mengesan seramai 150 orang terbabit dalam perhimpunan dipercayai ada kaitan dengan pesta LGBT yang dikatakan berlaku di hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka.

Media Baharu