fb fb fb fb fb

Tengku Mahkota Kelantan rasmi Kompleks Mahkamah Kota Bharu

KELANTAN, 14 Mac- Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, hari ini.

Baginda semasa bertitah merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Badan Kehakiman yang sentiasa cakna terhadap keperluan untuk menambah baik mahkamah di negeri Kelantan.

 
(Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra)

Setelah beroperasi semenjak tahun 1969, bangunan lama Kompleks Mahkamah Kota Bharu tidak lagi berupaya untuk menampung operasi.

Bangunan baharu itu telah siap dibina pada 15 Mei 2019.

Turut mencemar duli Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson.

Hadir sama ialah, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Tengku Mahkota Kelantan percaya operasi di mahkamah baharu yang serba lengkap dengan kemudahan infrastruktur kondusif dan berteknologi tinggi bukan sahaja memberi keselesaan tetapi bertujuan mempertingkatkan tahap kecekapan dalam pengendalian kes-kes demi memastikan sistem penyampaian keadilan dilaksanakan dengan berkesan.

Media Baharu