fb fb fb fb fb

Penyeludup vape ditahan, kesalahan berulang

TUMPAT, 14 Mac- Seorang perunding firma guaman di Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan penyeludupan vape ke Thailand.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, suspek ditahan dalam serbuan Ops Bersepadu di rumahnya di Taman Bayu di sini semalam.

Dalam serbuan jam 5.00 petang itu, pihaknya merampas hampir 5,000 botol cecair vape pelbagai jenama, 3,700 katrij, 120 mod dan 2,200 gelung kapas organik (occ) gantian.

Nilai pasaran rampasan dianggarkan berjumlah RM150,000.

(Penyeludup vape ditahan, kesalahan berulang)

Menurutnya, rampasan dilakukan di rumah suspek dan sebuah rumah bersebelahan yang disewa untuk dijadikan stor.

Tahun lepas suspek ditahan atas kesalahan sama dengan nilai barangan RM1.4 juta dan telah dikenakan denda.

"Untuk vape ni kita ada tangkapan seorang lelaki Melayu berusia dalam lingkungan 38 tahun.

"Dia sebelum ni ada kes lampau berkaitan dengan vape. Jadi kita percaya dia adalah pengedar untuk dibawa masuk ke Thailand untuk pasaran Thailand," kata Amran dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Sementara itu, dalam operasi sama bermula 12 tengah hari hingga 6 petang semalam, beberapa rampasan barangan lain turut dibuat dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM158,000.

Operasi membanteras kegiatan penyeludupan itu melibatkan 16 kenderaan darat dan tiga bot.

(Penyeludup vape ditahan, kesalahan berulang)

Media Baharu