fb fb fb fb fb

Suhu panas dicatatkan di negeri Kedah

ALOR SETAR, 14 Mac - Hampir keseluruhan daerah di negeri Kedah mencatatkan suhu panas dalam tempoh seminggu bermula 7 Mac hingga semalam.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata bagaimanapun cuaca panas ketika ini masih lagi normal dan belum lagi mencapai panas ekstrem.

Beliau berkata, setakat ini kebanyakan daerah di Kedah merekodkan bacaan melebihi suhu panas melebihi 34 darjah celsius dan paling tinggi dicatatkan di Sik iaitu 36.4 darjah celsius.

Katanya ketika dihubungi, ketika ini masih dalam Monsun Timur Laut (MTL) iaitu pada Januari hingga Mac suhu tinggi dan kurang hujan.


(Hampir keseluruhan daerah di negeri Kedah mencatatkan suhu panas dalam tempoh seminggu)

Selain itu angin kencang bukan saja berlaku pada waktu malam tetapi juga waktu siang dan tidak menyebabkan ribut.

Jabatan Meteorologi Malaysia akan mengeluarkan amaran gelombang haba jika keadaan suhu panas mencatatkan lebih 35 darjah celsius lebih tiga hari berturut-turut namun setakat ini belum ada amaran dikeluarkan.

Media Baharu