fb fb fb fb fb

STR Fasa Dua disalur sebelum Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua perlu mula disalur pada awal bulan depan atau selewat-lewatnya dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan telah diarah mempercepat pengagihannya.

"Setakat 13 Mac, sebanyak 320,103 orang dah mendaftar. Saya minta dipercepat sebelum 31 Mac, supaya dapat dikeluarkan pada bulan Ramadan," kata beliau dalam persidangan Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Mneteri Kewangan berkata kerajaan kini membuka permohonan baharu untuk STR dan individu yang layak diminta membuat permohonan segera sebelum 31 Mac supaya pembayaran dapat dikeluarkan pada Ramadan ini.

Bagi STR Fasa Satu, pembayaran kepada 8.7 juta penerima yang layak telah dibuat sejak 17 Januari melibatkan peruntukan RM1.67 bilion.

Mengulas mengenai penambahbaikan bantuan STR, Anwar berkata dalam Belanjawan 2023, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan hingga maksimum RM3,100, biarpun Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500 masih diagihkan.

“Ada perincian kategori, contohnya (isi rumah) yang mempunyai lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, tambahan RM600 daripada peruntukan awal.

“Untuk BKM pula, ibu bapa tunggal yang mempunyai anak dan warga emas, RM500 untuk ibu bapa tunggal dan untuk warga emas sebanyak RM300,” tambah beliau.

(Datuk Seri Anwar berkata STR Fasa Dua disalur sebelum Aidilfitri)

Media Baharu