fb fb fb fb fb

JAWHAR cadang guna AI, tambah baik sistem pembayaran zakat digital

Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Selamat Paigo

BANDARAYA MELAKA, 18 Mei- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bercadang untuk mengaplikasikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi menambah baik sistem pembayaran zakat secara digital.

Ketua Pengarahnya, Datuk Selamat Paigo berkata melalui teknologi baharu itu pengguna akan diberi pengalaman membayar zakat seperti secara fizikal.

"Bila fizikal ini, semasa berjumpa untuk membayar zakat ada doa khas. Jadi bila dia (pembayar zakat) dapat mengaminkan doa kepada diri dia, itu memang seronok, rasa sangat-sangat puas. Jadi saya bincang dengan mereka, kalau secara online lebih ramai datang, hendak buat bagaimana... gunakan AI. Habis sahaja zakat online itu, akan ada orang yang mendoakan", katanya kepada pemberita dalam Simposium Zakat 2025: Kelestarian Tatakelola Pengurusan Zakat, di Bandaraya Melaka.

Cadangan tersebut dibuat susulan, kaedah pembayaran zakat secara digital semakin mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah kutipan zakat terus menunjukkan peningkatan.

Perkongsian mengenai penggunaan AI itu antara yang dibentangkan pada Simposium Zakat 2025; Kelestarian Tatakelola Pengurusan Zakat yang berlangsung di Bandaraya Melaka bermula hari ini hingga esok.

Simposium itu diharap dapat memperkasa institusi zakat melalui idea-idea baharu dan perkongsian pendapat.

ROSLINA BINTI DIN