fb fb fb fb fb

Jawatankuasa RCI, punca kejadian banjir puing di Baling tidak perlu ditubuhkan - Takiyuddin

KOTA BHARU, 10 Ogos - Tiada keperluan untuk menubuhkan satu jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung punca kejadian banjir puing di Baling, Kedah baru-baru ini.

Ia susulan dakwaan terdapat percanggahan dalam hasil laporan berhubung kejadian tersebut.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Jawantankuasa Khas yang telah ditubuhkan ketika ini bagi menangani insiden terbabit sudah memadai dengan dianggotai oleh pakar-pakar berkaitan.

(Takiyuddin bercakap kepada pemberita selepas \
merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-41, Sekolah Menengah Sultan Ismail, Telipot)

"Kalau dikatakan melengkapkan itu, mungkin boleh tetapi saya tidak rasa satu percanggahan, kerana yang menguruskan dan mengendalikan jawatankuasa ini bukan pegawai kerajaan. Pakar pakar-pakar geologi hidrologi, pakar-pakar profesor professor salah seorang nya Profesor Emeritus Dr Ibrahim Komo, ini pakar geologi yang terhandal dalam negara kita bukan sahaja peringkat nasional malahan peringkat antarabangsa juga," kata Takiyuddin di sini.

Mengulas lanjut, beliau turut berpandangan penubuhan jawatankuasa RCI bagi kejadian itu tidak diperlukan kerana ia merupakan insiden yang sering berlaku dan bukan kali pertama.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata projek ladang durian Musang King bukan satu-satunya sebab berlakunya banjir namun beliau tidak menolak, ia antara salah satu penyebab insiden terbabit.

Terdahulu media melaporkan, Kelab Sahabat Alam Sik dan Grass Kedah, menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selepas wujud percanggahan dalam laporan berhubung punca kejadian banjir puing di Kupang, Baling ]pada 4 Julai lalu.

Ia berikutan terdapat dua kenyataan berbeza dikeluarkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebelum ini.

Media Baharu