fb fb fb fb fb

Jawatankuasa khas ditubuh pantau penerima geran PPSMI

PUTRAJAYA, 27 Oktober- Satu jawatankuasa pemantauan bakal ditubuh untuk memastikan peruntukan RM27.19 juta di bawah Geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia (PPSMI) 2023 disalur dengan telus.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Datuk R. Ramanan berkata PPSMI fasa pertama melibatkan 183 penerima yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO).

"NGO akan melalui saringan sangat ketat, yang telah dijalankan oleh jawatankuasa petugas khas.

"Semalam, kita telah meluluskan, menandatangani dan menerima surat tawaran tersebut," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM