fb fb fb fb fb

Anwar terima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia

Foto Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Anwar berkata mereka membincangkan perkembangan terkini mengenai isu Palestin

"Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti-aktiviti ilmu dan keagamaan.

"Ia juga seiring dengan peranan semasa Muhammad Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI).

"Semoga pertemuan ini akan meneruskan lagi legasi panjang Muhammad Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia, Insya-Allah," kata Anwar menerusi Facebook.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM