fb fb fb fb fb

Jangkitan influenza meningkat 78 peratus, kluster sekolah & tadika dikenal pasti

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Kadar konsultasi bagi penyakit Influenza-like Illnesses (ILI) menunjukkan peningkatan ketara pada minggu epidemiologi ke-40 tahun ini, dengan peningkatan sebanyak 78 peratus berbanding 5.9 peratus pada minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, berkata peningkatan tersebut menandakan trend jangkitan influenza yang semakin meningkat di negara ini, khususnya melibatkan kluster sekolah dan tadika.

“Minggu epid 40 menunjukkan peningkatan, dan majoritinya melibatkan sekolah serta tadika. Ini juga seperti yang disebut Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, agar kita beri fokus kepada institusi pendidikan,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 97 kluster jangkitan direkodkan setakat minggu epidemiologi ke-40, menjadikan jumlah keseluruhan 116 wabak dilaporkan setakat ini.

“Data makmal menunjukkan kadar positif influenza meningkat kepada 20.1 peratus pada minggu epid 39, berbanding 15.6 peratus pada epid 38,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, kadar kemasukan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dilaporkan menurun kepada 9.08 peratus, berbanding 9.59 peratus pada minggu epidemiologi ke-39.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE