fb fb fb fb fb

Jangan kongsi berita palsu virus X- Fahmi Fadzil

(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Masyarakat dinasihat untuk tidak menyumbang kepada penyebaran berita palsu dan fitnah di media media sosial terutamanya mengenai virus X yang tular di aplikasi TikTok.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, pihak kesihatan telah menangkis dakwaan yang menyatakan golongan jururawat perlu diberikan vaksin untuk virus tersebut dan bertegas ianya adalah berita palsu.

Beliau berkata, masarakat perlu mendapat informasi berita di laman web rasmi kemeterian untuk jika ingat mendapatkan makumat yang sahih.

"Saya lihat sejak mereka (TikTok) tiada lagi beberapa wakil di Malaysia, kerjasama mereka dengan pihak kerajaan sangat lembap dan saya sangat tidak berpuas hati.

“Contohnya dalam isu dakwaan vaksin bagi virus X telah tular sehingga mencecah 1.5 juta view baru-baru ini, saya terpaksa panggil (telefon) orang TikTok sendiri untuk tanya kerana Kementerian Kesihatan sudah keluarkan penafian, tapi pihak TikTok langsung tidak mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Beliau berkata selepas Majlis gotong royong bersama IPK KL dan penduduk perumahan rakyat (PPR) Kampung Limau Pantai Dalam.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.

Fahmi berkata beliau sendiri pernah menerima aduan orang awam yang melahirkan kerisauan jika langkah yang sama diikuti oleh kerajaan, namun pada masa yang sama beberapa gedung besar turut membangkitkan isu berkaitan persaingan harga terhadap produk-produk yang dijual menerusi platfom itu.

“Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggunakan platform TikTok Shop untuk menjual barang, jadi saya akan minta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KKD untuk meneliti asas langkah yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia untuk mengekang TikTok Shop.

“Saya rasa pihak TikTok perlu tampil memberikan penjelasan kerana salah satu aduan atau pun asas kenapa TikTok Shop dilarang di Indonesia ialah kerana isu penentuan harga predatori yang berlaku terhadap produk-produk, yang akhirnya memangsakan pengusaha tempatan di Indonesia,” katanya.


(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menghadiri Majlis gotong
royong bersama IPK KL dan PPR Kampung Limau Pantai Dalam)

Media Baharu