fb fb fb fb fb

Jangan jadikan tarikh Aidilfitri bahan gurauan di media sosial

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 15 April - Umat Islam khususnya pengguna di media sosial diingatkan supaya tidak menjadikan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebagai bahan gurauan di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata pengisytiharan 1 Syawal dan perayaan Aidilfitri terletak pada bidang kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im
Mokhtar / FOTO BERNAMA)

“Saya nasihatkan rakan-rakan di luar sana khususnya di media sosial untuk mengambil serius perkara ini dan menyerahkan kepada pemerintah untuk menentukan.

“Saya harap sangat isu berkaitan raya terkejut, bila hendak mula raya itu, itu semua serahkan kepada penguasa dan kita hentikan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Santuni Gelandangan di Pusat Pembelajaran dan Komuniti Chow Kit, di sini.

Beliau mengulas sikap segelintir masyarakat yang berterusan mempersendakan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sebagai raya mengejut dan mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa terbabit.

Dalam pada itu, Mohd Na’im menegaskan dalam hal tersebut umat Islam wajib kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang menganjurkan ketaatan kepada pemerintah selepas Allah dan Rasulnya.

“Sebagai orang Islam yang beriman, Allah berfirman, taat Allah, taat Rasul dan juga taat kepada pemerintah," katanya.

Media Baharu