fb fb fb fb fb

Anih Berhad sumbang RM20 juta laksana CSR

(FOTO HIASAN)

BENTONG, 15 April - Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Anih Berhad menyumbangkan lebih RM20 juta bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata sumbangan berterusan sejak 2016 itu melibatkan purata peruntukan kira-kira RM2.5 juta setahun.

(Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi)

"CSR RM20 juta itu adalah jumlah terkumpul untuk berberapa tahun yang lepas secara terperincinya kita buat kiraan daripada tahun 2016 dimana dari jumlah itu contohnya kita bagi diskaun tol, kita buat kebajikan untuk rumah rumah orang tua, kita beri pek makanan kepada pengguna lebuh raya," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Semarak Kasih bersama Anih Berhad di Hentian Sebelah Bentong, di sini.

Pada majlis itu Anih Berhad turut mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM15,000 kepada Yayasan Tahfiz Darul Furqan, Badan Amal Darul Mustafa dan Badan Amal Nur Zaharah.

Tambah Radzimah, sumbangan Anih Berhad telah memberi impak positif kepada komuniti kawasan sekitar sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai sebuah organisasi korporat yang prihatin atas tanggungjawab sosial.

Media Baharu