“Jangan cuba khianat, gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan” – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

JOHOR BAHRU, 17 Mei– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak cuba mengkhianati atau menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bersedia memulangkan mandat kepada rakyat jika ada cubaan mengkhianati kerjasama politik yang dibina.
  • Pendekatan berhikmah dan rundingan bukan tanda kelemahan; diplomasi dipilih demi mempertahankan prinsip.
  • Kerjasama mesti berlandaskan prinsip, kepercayaan dan komitmen kuat demi menjaga kestabilan negara dan keyakinan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menegaskan, bersedia untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat sekiranya berlaku sebarang cubaan mengkhianati kerjasama politik yang dibina, ketika ini.

Menurut Datuk Seri Anwar, pendekatan berhemah dan rundingan yang diamalkan kerajaan selama ini sama sekali tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan.

“Kita berjuang puluhan tahun berdasarkan prinsip. Kalaupun kita mengambil pendekatan yang berhikmah, berunding dengan baik, tidak menegur dan menyergah mereka secara terbuka, itu kerana kita faham maksud ‘bil-hikmah’. Tapi jangan salah baca! Jangan ugut dan jangan ada tindakan ke arah pengkhianatan,” kata Datuk Seri Anwar, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan, di sini.

Tegasnya, setiap kerjasama yang dibentuk wajib berlandaskan prinsip, kepercayaan, serta komitmen yang jitu demi menjaga kestabilan negara, selain mengingatkan semua pihak agar tidak menjejaskan keyakinan rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.