JOHOR BAHRU, 23 Oktober - Projek menggantikan jambatan besi sedia ada di Jalan Gelang Patah – Pendas, Johor Bahru kepada jambatan konkrit dijangka siap pada hujung bulan ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menerusi kenyataan berkata, projek dijalankan menerusi peruntukkan negeri, bertujuan menyediakan infrastruktur moden, kukuh dan selamat.
Pembinaan lampu isyarat di kawasan tersebut juga dijangka siap dalam tempoh sama, seterusnya menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas.
Kerja naik taraf pembentung silang pula akan dilaksanakan selepas jambatan siap, bagi mengelakkan kejadian banjir.
Projek-projek berkenaan, mencerminkan kesungguhan Kerajaan Johor bagi meningkatkan mutu infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.