SEREMBAN, 23 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Jalur Gemilang tidak seharusnya dijadikan bahan yang boleh mencetuskan isu perkauman.
Menurut beliau, Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan dan kebanggaan negara, justeru tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk menimbulkan ketegangan antara kaum.
“Saya tidak katakan bendera itu tidak penting. Bendera itu adalah lambang kebanggaan negara, jadi ia perlu dijaga.
“Kalau dahulu berlaku kesilapan, kita boleh maafkan. Tetapi sekarang, jika perkara seperti ini masih berlaku, sama ada di jabatan kerajaan atau sektor swasta, tindakan harus diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Nasional di Mildef International Technologies, Sendayan, hari ini.