fb fb fb fb fb

JAKIM nafi tetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri

(FOTO FB JAKIM)

KUALA LUMPUR, 4 April- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu kenyataan menafikan membuat sebarang perubahan berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri dalam kalender Islam.
 
Ini susulan tular satu tangkap layar kalender Islam keluaran JAKIM di media sosial menunjukkan tarikh Aidilfitri diawalkan sehari.

JAKIM menegaskan dakwaan penukaran tarikh hari raya Aidilfitri pada kalender tersebut adalah tidak benar.
 
Setakat ini, JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa tarikh mengenai penetepan hari raya Aidilfitri bagi tahun ini.
 
JAKIM juga menasihatkan semua pihak agar menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu