PASIR MAS, 3 Disember- Jajahan Kuala Krai pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup yang sebelum ini menempatkan seramai 813 penduduk terjejas banjir.
Ia menjadikan, jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu terus berkurangan.
Setakat pukul 4.00 petang tadi, seramai 44,752 penduduk masih berlindung di 97 PPS aktif membabitkan enam jajahan di negeri itu.
Menerusi portal Info Bencana JKM, jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 22,691 orang daripada 7,441 keluarga.
Tumpat pula mencatatkan penduduk terjejas kedua tertinggi iaitu lebih 20,890 orang daripada 6,523 keluarga yang ditempatkan di 46 PPS.
Jajahan lain yang turut terkesan ialah Bachok (666), Kota Bharu (403), Tanah Merah (55) dan Pasir Puteh (47).
Sementara itu, dua sungai utama iaitu Sungai Golok (Rantau Panjang) dan Sungai Golok (Kuala Jambu Tumpat) masih mencatatkan paras melebihi tahap bahaya.