fb fb fb fb fb

Jaguh Skuasy, Low Wee Wern umum persaraan

Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern / Foto FB weewernlow

KUALA LUMPUR, 21 Februari - Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, pemain wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi.

Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33 tahun itu melalui hantaran di Facebook rasminya.

Di dalam hantaran itu, Wee Wern turut meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong sepanjang kariernya.

Tambahnya, biarpun tidak lagi bergelar pemain, dia akan terus melibatkan diri dalam sukan skuasy dan akan terus memberi inspirasi kepada orang lain.

Sebelum ini bekas pemain nombor lima dunia itu pernah menyatakan hasrat untuk bersara.

Ia kerana Wee Wern bergelut untuk mencapai prestasi terbaik selepas kecederaan lutut kirinya.

Antara pencapaian terbaik Wee Wern adalah membantu kem skuasy negara meraih emas acara berpasukan masing-masing pada Sukan Asia 2010 dan 2014.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD