fb fb fb fb fb

Jaga nama baik Malaysia ketika di luar negara - KSN

FB KSN

KUALA LUMPUR, 23 Disember - Rakyat Malaysia yang berada di luar negara, diingatkan agar sentiasa menjaga akhlak dan sahsiah diri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkara itu termasuk menghormati undang-undang serta budaya setempat.

"Seperti biasa, apabila berada di luar negara saya tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang berada di perantauan.

"Paling penting adalah menjaga nama baik Malaysia. Kami Sayang Negara," demikian menurut beliau menerusi kenyataan di laman Facebook.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID