fb fb fb fb fb

Isu zikir di tanah perkuburan, JAWI akan ambil tindakan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Januari- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang berkenaan isu sekumpulan individu yang berzikir secara mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Taman Ibukota, Setapak, baru-baru ini. 

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan melalui satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil keterangan pengadu dan menemu bual waris serta pelaku yang terlibat.

Katanya, pihak JAWI juga telah memanjangkan isu tersebut kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan daripada aspek hukum syarak. 

Beliau turut menasihati masyarakat Islam supaya tidak melakukan amalan yang boleh mengundang kontroversi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan JAWI untuk menyiasat tindakan individu yang berhimpun dan melakukan zikir secara pelik serta kuat di tanah perkuburan terbabit.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM