fb fb fb fb fb

Isu royalti penggiat filem perlu dilihat semula

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Majlis Perasmian Penutupan
Ekspresi@Finas di Studio Merdeka Finas/BERNAMA)

HULU KELANG, 24 Oktober- Isu pembayaran royalti penggiat filem perlu dilihat semula bagi menjamin kepentingan golongan terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu tersebut sebelum ini pernah dibincangkan sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Malah katanya, ketika itu Akta Hak Cipta telah berjaya dipinda bagi memberi royalti kepada penyanyi dan komposer lagu.

"Kalau artis penyanyi dan komposer mendapat royalti setiap kali lagu dikeluarkan tetapi dari segi perfileman hanya dibayar sekali beri, walaupun filem tersebut ditayangkan berkali- kali beratus-ratus kali tidak ada royalti kepada pelakon-pelakon ataupun penerbit-penerbit, pengarah filem tidak dapat," kata Ismail Sabri semasa berucap di Majlis Perasmian Penutupan Ekspresi@finas 2022 di Kompleks Studio Merdeka Hulu Kelang di sini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Tambahnya berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, industri perfileman menyumbang 1.9% atau RM29.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan menjana sebanyak 216,811 peluang pekerjaan.

"Data Motion Pictures Association of America (MPPA) pula menyatakan industri perfileman negara berada di tangga ke-19 dunia pada 2019 dan 2020, dengan nilaian sebanyak 3 bilion Dolar Amerika.

(Datuk Seri Ismail Sabri ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan
Ekspresi@Finas di Studio Merdeka Finas/BERNAMA)

Media Baharu