fb fb fb fb fb

Isu Laut China Selatan: Malaysia fokus pada penyelesaian diplomatik

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 23 Oktober – Malaysia bertekad untuk terus memantau dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan Laut China Selatan secara aman dan diplomatik.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, menegaskan pendekatan melalui forum antarabangsa serta saluran diplomatik yang sesuai adalah kunci untuk mengekalkan kestabilan di rantau ini.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, beliau turut mengumumkan bahawa Malaysia akan memainkan peranan penting sebagai negara koordinator hubungan dialog ASEAN-China pada tahun hadapan.

Ini seiring dengan usaha negara untuk memastikan Kod Tata Laku (COC) Laut China Selatan akan menjadi dokumen yang efektif dalam menangani isu-isu pertikaian wilayah yang melibatkan negara seperti China, Malaysia, Indonesia, dan Filipina.

"Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC Yang dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025", katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Tuan Suhaizan Kalat di sini.

COC, yang sedang dirangka, bertujuan untuk membentuk asas kerjasama dalam memastikan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan yang merupakan kawasan strategik yang menjadi tumpuan dunia kerana tuntutan bertindih beberapa negara melibatkan China dan beberapa Negara ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD