fb fb fb fb fb

Isu hak kanak-kanak lahir luar Malaysia akan dibawa Parlimen - PM

Foto Afiq Hambali/Pejabat Perdana Menteri

BERLIN, 13 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa isu berkaitan hak kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan.

Beliau berkata Kabinet telah bersetuju untuk membawa usul mengenai pindaan terhadap Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia ke Parlimen bulan ini.

“Sila ikuti perkembangan di tanah air… soalan anda telah diambil alih oleh peristiwa semasa. Kabinet telah bersetuju untuk membawa perkara itu ke Parlimen bulan ini,” katanya ketika menjawab soalan pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini.

Anwar berkata pindaan terhadap Perlembagaan berhubung perkara itu akan menoktahkan isu tersebut.

“Ketika ini, ibu bapa membawa maksud bapa. Kami akan memindanya supaya ibu bapa bermaksud ibu atau bapa,” kata Perdana Menteri yang kini berada di Jerman dalam rangka lawatan rasmi selama enam hari. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM