fb fb fb fb fb

Isu Azam Baki: Semua pihak perlu terima keputusan SC - PM

PUTRAJAYA, 20 Januari - Semua pihak perlu menerima keputusan Suruhanajaya Sekuriti (SC) berhubung akaun dagangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

“SC sudah buat keputusan... (perkara ini) serah pada SC kerana ia melibatkan pembelian syer. Jadi SC dah buat keputusan dan kenyataan menyatakan tidak ada kes terhadap dia (Azam), jadi kita terima keputusan SC," katanya.

"Jangan kita minta dia disiasat, apabila dia disiasat, keputusan dibuat kita masih tidak berpuas hati.

"Kalau pembangkang rasa mesti ikut kehendak pembangkang, tidak boleh... dia kena terimalah keputusan daripada badan profesional seperti SC contohnya.

"Jadi, kalau ada apa-apa nak tanya mengenai keputusan SC, pergi tanya SC".

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada Azam akan diminta bercuti sementara menunggu siasatan terhadapnya selesai; selepas pelancaran program Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia, semalam.

Pada Rabu, SC membuat keputusan bahawa Azam tidak membuat sebarang kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun sahamnya itu.

Menurut SC, bukti menunjukkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM ialah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan berkenaan.

 

 

Media Baharu