fb fb fb fb fb

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 terima pengiktirafan MBR

SHAH ALAM, 10 Disember- Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) dengan dua pengiktirafan, Jumlah Skrol Terbanyak Istiadat Konvokesyen dan Bilangan Skrol Tertinggi yang disampaikan oleh Naib Canselor.

Seramai 31,220 graduan menerima skrol mereka, manakala 16,000 graduan daripada jumlah tersebut menerima skrol ijazah dan diploma daripada Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor.

Kedua-dua pengiktirafan diperakui oleh MBR dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 yang berlangsung dari 26 November hingga 21 Disember ini.

Jelasnya, istiadat konvokesyen UiTM kembali dianjurkan secara fizikal meraikan pencapaian para graduan selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19.


(Istiadat konvokesyen UiTM kembali dianjurkan secara fizikal meraikan
pencapaian para graduan selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19)

Dimulakan dengan konvokesyen ke-93 pada bulan Julai dan ke-94 pada bulan September, masing-masing meraikan 11,000 dan 13,000 graduan.

Media Baharu