KUCHING, 23 Jun - Isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, meninggal dunia pada pukul 3.34 pagi tadi.
Allahyarhamah, 76, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta.
Pemergian Allahyarhamah dimaklumkan menerusi hantaran WhatsApp oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS), Datuk Abdullah Saidol.
“Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya dari 10 pagi hingga 12 tengah hari sebelum jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang,” katanya.
Allahyarhamah merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua, Allahyarham Tun Datuk Patinggi Tuanku Bujang Tuanku Othman
Juma'ani juga pernah menerajui Persatuan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak (SABATI).
Allahyarhamah meninggalkan seorang anak lelaki Abang Abdillah Izzarim, 45, dan anak perempuan Dayang Norjihan, 43.