fb fb fb fb fb

Istana Budaya kembali mengalun muzik klasik barat

Zubaidah Mukthar/Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Istana Budaya kembali mengalun indah muzik klasikal barat menerusi penganjuran signature program Istana Budaya yang diterajui oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya Zubaidah Mukthar, sempena meraikan ulang tahun penubuhan OSK ke- 32 tahun, lima buah konsert bersiri bakal diadakan sehingga hujung tahun ini menerusi siri Lambang Sari Series (LSS), dengan tema yang berbeza.

Jelasnya, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) menerusi Istana Budaya, sentiasa komited dalam memartabatkan industri muzik negara ke tahap yang cemerlang .

Sejajar dengan pembangunan MADANI melalui agenda seni budaya negara ke persada dunia.

Beliau berkata, demikian kepada media selepas menyaksikan Konsert Lambang Sari Series 1 Ravel at 150 - A Symphony of Sound and Color di Dewan Filharmonik PETRONAS, ibu negara.

Tema LSS Ravel siri pertama mengangkat hasil karya komposer tersohor barat abad ke-20 iaitu Maurice Ravel yang mana tahun 2025 merupakan ulang tahunnya yang ke-150.

Persembahan berdurasi selama 1 jam 30 minit ini menyaksikan gabungan seramai 78 orang pemuzik (40 pemuzik OSK dan 38 pemuzik jemputan) bersatu di bawah pimpinan konduktor Nasran Nawi dan Eric Lee selaku Pengarah Muzik.

Persembahan kali ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pemain solo piano jemputan iaitu Bridget Yee.

Oleh itu bagi peminat muzik klasik barat yang tidak mahu ketinggalan untuk Lambang Sari Series (LSS) pada tahun ini boleh layari Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pembelian tiket serta maklumat lanjut.##

ASHRIQ FAHMY AHMAD