fb fb fb fb fb

IPPTAR tawar kursus AI, kemahiran baharu kepada komuniti Kampung Ulu Chengkau

FOTO IPPTAR

REMBAU, 22 November - Komuniti di Kampung Ulu Chengkau, Rembau berpeluang mengikuti pelbagai kursus pembangunan ilmu menerusi Program Santuni MADANI anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).

Pengarah IPPTAR, Datuk Roslan Ariffin, berkata program itu dilaksanakan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar mengikuti latihan kemahiran baharu termasuk kursus kecerdasan buatan (AI).

“Dalam tempoh dua tahun lepas, kami telah menganjurkan beberapa siri kursus termasuk kursus AI kepada pelajar sekolah dan masyarakat yang ingin menimba ilmu baharu. Program sebegini membantu masyarakat memperoleh ilmu yang boleh mengubah hidup mereka,” katanya semasa program berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Chengkau.

Menurut beliau, Kampung Chengkau Ulu dipilih kerana mempunyai potensi untuk dibangunkan dalam aspek pendidikan dan teknologi menerusi kerjasama jangka panjang bersama IPPTAR.

Lebih 200 penduduk hadir memeriahkan program yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, latihan kemahiran serta sesi perkongsian ilmu bersama warga IPPTAR.

2211 N9 IPPTAR SANTUNI MADANI123Datuk Roslan Ariffin menyantuni penduduk Kampung Ulu Chengkau, Rembau

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE