fb fb fb fb fb

Ipoh, bandar pelancongan utama negara menjelang 2025

IPOH, 9 Jun- Ipoh akan menjadi bandar pelancongan utama di dalam negara menjelang 2025.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, antara strategi yang dilakukan seperti menarik lebih banyak jenama antarabangsa untuk beroperasi di negeri ini.

Beliau berkata, ketika ini Ipoh juga dikategorikan sebagai Bandar Wilayah. 


(Ipoh akan menjadi bandar pelancongan utama di dalam negara menjelang 2025)

"Memang Kerajaan Persekutuan sebelum ini melalui Majlis Perancangan Negara telah bersetuju untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandar Wilayah meliputi Pahang barat, dua daerah di Pahang barat, Cameron Highland, Kuala Lipis dan juga satu daerah di Kelantan iaitu di daerah Gua Musang dengan Lojing.

"Ini termasuk dengan Negeri Perak, kita akan gerakkan kawasan ini sebagai kawasan baru di tengah semenanjung ini sebagai kawasan pelancongan berasaskan eco tourism dan juga seni", katanya.

Tambah Rumaizi, pihaknya sedang dalam proses untuk memohon kepada UNESCO bagi  mengiktiraf Ipoh sebagai 'Creative City' bawah bidang muzik.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Ipoh hari ini. 

Media Baharu