fb fb fb fb fb

Instrumen kewangan baharu diperkenal, tanpa abaikan nilai etika

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis perasmian Forum Kewangan Islam Global 2025 di ibu negara /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Satu sistem kewangan baharu perlu diperkenal; beri fokus kepada keuntungan tanpa mengabaikan nilai etika serta kebertanggungjawaban sosial.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia kini sudah berubah dengan modal dan pelaburan tidak lagi diukur semata-mata berdasarkan pulangan kewangan.

Pada masa sama, beliau memuji perkembangan positif sektor kewangan Islam negara yang berjaya memperkukuh kedudukan dalam kewangan islam global dengan mencatatkan penerbitan lebih 20 bilion ringgit dalam Sukuk Pelaburan Mampan dan bertanggungjawab (SRI) sepanjang tahun lalu, sekali gus membuktikan keupayaan Malaysia menerajui pasaran modal hijau dan beretika.

"Ini merupakan petanda jelas bahawa apa yang dinyatakan oleh Gabenor mengenai tadbir urus dan sebagainya adalah isyarat kepada dunia bahawa sektor kewangan Islam kita bukan sahaja berkembang pesat, tetapi turut menerajui usaha menggerakkan modal ke arah impak hijau, sosial dan beretika. Ini bermakna, dari sudut keseluruhan tadbir urus, dunia sedang memasuki era di mana modal tidak lagi dinilai hanya berdasarkan pulangan yang dijana, tetapi juga berdasarkan kehidupan yang disentuh dan legasi yang ditinggalkannya.
Kini, kita telah membuktikan perkara ini, dan kita mesti terus meneroka bagaimana kewangan Islam boleh memimpin perubahan tersebut." katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Forum Kewangan Islam Global 2025 di ibu negara.

SITI NOORAIN ABDULLAH