fb fb fb fb fb

Institusi tahfiz disaran tawar TVET kepada pelajar


JOHOR BAHRU, 7 Februari-
Institusi tahfiz di Johor disaran menawarkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melengkapkan pelajar dengan ilmu serta kemahiran tambahan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, program berkenaan boleh membantu pelajar mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.

Tambah beliau, kerajaan negeri komited merencana pelan pendidikan bersepadu untuk pelajar dalam bidang akademik dan keagamaan, terutama bagi pelajar-pelajar sekolah tahfiz.

"Membuka sekolah tahfiz dan pusat pengajian agama satu amanah yang sangat besar dalam menghasilkan pelajar bukan sahaja mempunyai kualiti hafazan Al-Quran yang
baik, malah cemerlang dalam aspek yang lain seperti akademik dan kokurikulum," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Johor Tahfiz Quality Assurance di sini.

Pelbagai langkah diambil untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna, terkini dan sentiasa ke hadapan, sesuai dengan agama Islam yang bersifat anjal serta sejagat.

Beliau menyeru semua sekolah tahfiz di negeri itu mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor, supaya perkembangan sekolah diurus dengan baik, seterusnya membolehkan pelbagai bantuan disalur.

Media Baharu