fb fb fb fb fb

Insiden serangan maut di Kashmir, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 April- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam insiden serangan maut di Pahalgam, Kashmir

Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang memantau rapi perkembangan semasa di kawasan pelancongan popular itu.

“Suruhanjaya Tinggi telah menghubungi ketua kumpulan agensi pelancongan dari Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi dan kini berada di Kashmir.

"Ketua kumpulan tersebut telah melaporkan bahawa mereka berada dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar akan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau keadaan dengan teliti dan memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di rantau itu.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia di Kashmir dinasihatkan untuk terus berwaspada, mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya termasuk menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke kawasan tersebut.

Untuk bantuan konsular, boleh hubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di talian +91-11-2415 9300 / +91-11-2415 9311 (Konsular) / +91-11-2688 1538 atau melalui emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Terdahulu, media melaporkan, sekurang-kurangnya 26 orang maut apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pelancong di kawasan peranginan Pahalgam, Kashmir.

ROSLINA BINTI DIN