KUALA LUMPUR, 23 April- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan bermula pada 11 Mei hingga 24 Jun di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang.
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menerusi kenyataan memaklumkan semakan panggilan kemasukan pelatih ke program itu boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi JLKN.
"Latihan akan dijalankan selama 45 hari, bermula pada 11 Mei sehingga 24 Jun melibatkan 550 orang pelatih akan dipilih.
"70 peratus modul latihan akan merangkumi Latihan Asas Ketenteraan, termasuk kemahiran asas, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI dan kemahiran kepimpinan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu 30 peratus lagi merupakan Komponen Kenegaraan, dengan tumpuan kepada mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada JLKN di laman sesawang rasmi https://jlkn.mod.gov.my/ atau Unit Pelatih di talian 03-40133 613/03-40133 618 atau e-mel ke