fb fb fb fb fb

Insiden Putra Heights: Siasatan terperinci masih dijalankan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain/ Foto BERNAMA

SUBANG JAYA, 7 April- Usaha berterusan sedang giat dilaksana bagi menangani kesan kebakaran paip gas di Putra Heights, termasuk membantu mangsa dan memulihkan lokasi-lokasi terjejas.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kerja-kerja mengeluarkan air bertakung di kawasan kawah utama insiden dikenali sebagai ground zero, masih diteruskan.

Siasatan terperinci juga masih dijalankan membabitkan lebih 10 agensi penyiasat.

"Siasatan polis kini turut memberi tumpuan sama ada wujud unsur jenayah atau kecuaian (negligence), bukan semata-mata melibatkan faktor manusia, tetapi juga berkaitan saluran bertekanan tinggi (high pressure) dan aspek teknikal lain.

"Siasatan juga difokuskan kepada keadaan tanah di kawasan ground zero yang dikhuatiri mengalami mendapan atau jerlus, sekali gus boleh mengancam keselamatan pasukan penyelamat," katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad memaklumkan dua jentera untuk mengepam air sentiasa tersedia di lokasi kejadian sekiranya ada keperluan untuk mengepam keluar air yang bertakung.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM