fb fb fb fb fb

Insiden letupan mercun, polis lakukan siasatan menyeluruh

Foto hiasan

KULIM, 20 Oktober - "Pengalaman ngeri menyebabkan suasana panik dan ramai yang cedera", kata Pasupathi Ratnam, 74 tahun.  

Mangsa kejadian letupan pertunjukan mercun di sini sempena sambutan Deepavali berkata, dalam kejadian itu, beliau ternampak seorang mangsa kehilangan lima jari.

Pesara itu kini sedang menerima rawatan di  zon Kuning Hospital Kulim selepas mengalami patah tangan kanan dan luka di beberapa bahagian badan. 

"Hari ini ingat mahu sambut Deepavali, semalam ingat kali pertama mahu tengok pertunjukan bunga api, lepas tu balik rumah di Bertam tetapi semuanya musnah hari ini dengan apa yang terjadi diluar jangkan, sakitnya sangat teruk.

Sebenarnya ramai lagi yang cedera, kanak-kanak menangis dan keadaan mencemaskan", katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, pegawai khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata, menteri berkenaan telah mengambil maklum mengenai kejadian itu manakala siasatan sedang dijalankan.

"Datuk Seri Saifuddin amat prihatin dengan perkara yang terjadi ini dalam kawasan Paya Besar Padang Serai dan mudahan-mudahan lawatan kita dapat membantu sedikit sebanyak mangsa terlibat", katanya.

Kenyataan rasmi akan dikeluarkan Datuk Seri Saifuddin dalam masa terdekat dan siasatan akan meneliti penganjur acara tersebut bagi mengenalpasti punca sebenar.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada lima mangsa letupan mercun itu di Hospital Kulim.

Trainee