fb fb fb fb fb

Inisiatif K-KOMM perlu diteruskan

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 17 November- Setiap projek atau inisiatif yang dirangka Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) perlu diteruskan mengikut garis masa yang ditetapkan.

Menterinya,Tan Sri Annuar Musa optimis, menteri baharu yang bakal menggantikan beliau akan meneruskan rekod kecemerlangan.

"Saya juga harapkan pelaksanaan program Jendela 1 dan 2 dapat dilaksanakan mengikut jadual, projek titik kehadiran di sekolah seluruh negara juga dapat dilaskanakan.

"Sebenarnya kita ada banyak yang penting. Industri penyiaran, kreatif semuanya adalah sangat penting pada saat ini," kata Annuar selepas menghadiri Majlis Sekalung Budi MenKOMM di sini.

Beliau yakin usaha itu akan diteruskan oleh K-KOMM bersama kakitangan yang berpengalaman dengan penuh kegigihan.

(Tan Sri Annuar melambai ke arah warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia
selepas menghadiri majlis Sekalung Budi MenKOMM/BERNAMA)

Media Baharu