KUALA LUMPUR, 24 Mac- Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) melancarkan Inisiatif Hijau yang direka untuk mempromosi destinasi pembangunan pelancongan lestari negara.
Menurut Presidennya, Nigel Wong, usaha tersebut bertujuan membantu negara mencapai matlamat sifar bersih.
"Kami akan memulakan beberapa projek CSR untuk mengumpul dana dan kesedaran. Seterusnya, membawa balik laporan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia bermula dengan Perak, kemudian Selangor.
"Kami juga akan mula membawa masuk beberapa ahli dengan mengguna kepakaran mereka untuk menyumbang kembali kepada masyarakat", katanya.
Pihanya menyasarkan tiga hingga lima tahun untuk mencapai matlamat tersebut dan langkah pertama adalah dengan menyediakan pelbagai program kesedaran kepada orang ramai yang digerakkan oleh ahli-ahlinya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran "Green Circle Sustainability Project", di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) , Kuala Lumpur.