KUALA LUMPUR, 22 November- Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024, dengan indeks naik kepada 133.4 berbanding 130.9 pada Oktober 2023.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan berkata kenaikan ini didorong oleh kenaikan makanan dan minuman, penjagaan diri dan perkhidmatan lain.
Restoran dan Perkhidmatan Penginapan, Rekreasi, Sukan & Kebudayaan, Kesihatan, Pengangkutan, serta Hiasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah mencatatkan peningkatan pada kadar perlahan.
Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Oktober 2024 meningkat 0.2 peratus berbanding September 2024.
Kebanyakan negeri mencatatkan inflasi bawah paras nasional, kecuali Pulau Pinang, Pahang, Selangor, dan Sarawak yang merekodkan peningkatan lebih tinggi.
Inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Vietnam dan Filipina, tetapi lebih tinggi berbanding Indonesia, Republik Korea, Thailand, dan China.