fb fb fb fb fb

Industri kreatif negara perlu dijenamakan semula untuk tarik pelabur, pembuat filem antarabangsa - Annuar

JOHOR BAHRU, 26 Februari - Industri kreatif negara perlu dijenamakan semula bagi menarik pelabur dan pembuat filem antarabangsa menggunakan kemudahan dan membuat penggambaran di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata ia selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan merancakkan aktiviti perniagaan yang lebih mesra filem untuk produksi antarabangsa dan domestik.

"Satu perlumbaan yang baharu iaitu kita perlu meletakkan kedudukan negara dengan daya kompetitif yang tinggi dalam pelbagai bidang dan industri kreatif itu satu daripada bidang yang kita mahu melonjak ke hadapan dengan menggunakan pengalaman yang kita lalui termasuk semasa COVID-19, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Lawatan ke Iskandar Malaysia Studi (IMS) Iskandar Puteri, Johor.

Lawatan berkenaan merupakan inisiatif kerajaan turun padang mengenal pasti langkah penyelesaian bagi mengembalikan kepercayaan pelabur dalam industri kandungan kreatif di negara ini.

Media Baharu