fb fb fb fb fb

Bot karam, 18 pemancing hilang

LANGKAWI, 26 Februari- 18 pemancing termasuk 4 kru sebuah bot dilaporkan karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi sekitar pukul 2  petang tadi.

Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi kini mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) sejurus menerima panggilan kecemasan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi  Abdullah berkata, KM TENGGOL, Bot PERKASA 1225 dan Bot PENYELAMAT 5 telah diatur gerak ke lokasi kejadian. 

Turut membantu pencarian Tentera Laut DiRaja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta komuniti nelayan setempat. 

Sektor operasi diperluaskan daripada 5 batu nautika ke 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek timbul seperti tong ikan, tin biskut dan gabus yang dipercayai milik bot berkenaan.

Penemuan barangan tersebut adalah pada jarak 4.8 batu nautika, barat daya dari posisi akhir bot berkenaan dilaporkan hilang.

Pencarian kini diteruskan dengan menempatkan aset-aset Maritim Malaysia di sektor berkeluasan 10 batu nautika serta dibantu empat buah bot nelayan tempatan.

Media Baharu