fb fb fb fb fb

Individu ditahan selepas melakukan kekecohan

JOHOR BAHRU, 28 September- Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan polis semalam, selepas melakukan kekecohan sehingga menyebabkan kecederaan dua lelaki, di sebuah
premis hiburan di kawasan Taman Molek, di sini.

Tangkapan dibuat selepas video berdurasi satu minit 37 saat, mengenai kejadian itu mula tular di media sosial.


(Video berdurasi seminit 37 saat yang tular di aplikasi WhatsApp memaparkan insiden kekecohan
dan pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa dilanggar/Foto Ihsan Media Sosial)

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kejadian disebabkan berlaku salah faham antara suspek dan mangsa berusia 36 tahun, ketika di dalam premis hiburan dan berlarutan sehingga ke bahagian luar premis tersebut.

Suspek yang tidak berpuas hati bertindak menaiki kereta sebelum melanggar mangsa dan seorang lagi lelaki tempatan berusia 35 tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa stabil setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Media Baharu