fb fb fb fb fb

Indeks Kebebasan Media Dunia: Malaysia menduduki tangga ke-107

Tangkap layar Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Banyak perkara perlu diteliti dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa sama melawan fitnah serta sebaran maklumat palsu kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menerima kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 dengan hati terbuka.

"Saya menerima laporan daripada badan bukan kerajaan Reporters Without Borders (RSF) ini dengan hati terbuka," katanya dalam hantaran itu.

Menurut Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2024 yang diterbitkan oleh RSF hari ini, Malaysia jatuh 34 anak tangga ke tempat ke-107 dengan markah 52.07, berbanding kedudukan ke-73 tahun lepas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI