fb fb fb fb fb

IDEAS anjur Bengkel Pendanaan Politik

KUALA LUMPUR, 17 Jun- Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menganjurkan Bengkel Pendanaan Politik di ibu negara hari ini.

Menurut Pengurus Kanan IDEAS Aira Zahari, ia bagi meneliti perundangan dalam pendanaan politik, pengisytiharan harta dan pemilikan benefisial di negara ini.

Jelasnya sudah tiba masanya Malaysia memiliki undang-undang yang bersifat lebih holistik dan menyeluruh untuk mengurangkan rasuah sekaligus memudahkan persaingan yang lebih adil dalam politik.

"Sudah terlalu banyak kes rasuah yang melibatkan ahli-ahli politik yang saya rasa boleh menghakis kepercayaan rakyat kepada demokrasi dan parti politik.

"Sebab tu kita perlu ambil tindakan, kita perlu ada satu undang-udang supaya kes macam ini boleh dielakkan dan tidak berlaku lagi,"katanya.

Bagi Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan bengkel seumpama itu penting terutamanya dalam usaha menyegerakan wujudnya Akta Pendanaan Politik di negara ini.

Seramai lebih 40 peserta menyertai Bengkel Pendanaan Politik ini yang diadakan di Kuala Lumpur.


(Pengurus Kanan IDEAS Aira Zahari)

Media Baharu