fb fb fb fb fb

Hyundai labur RM2.16 billion, buka kilang pertama di Kulim

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz/ BERNAMA

SEOUL, 25 November- Hyundai Motor akan membuka kilang pertamanya di Malaysia pada tahun depan menerusi pelaburan bernilai RM2.16 billion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, ia merupakan pelaburan terbesar syarikat berkenaan di Malaysia, yang bakal menawarkan banyak peluang pekerjaan.

Sebanyak tujuh model kereta akan dikeluarkan dalam tempoh lima tahun.

"Pelaburan Hyundai ini akan membuka peluang kepada rakyat Malaysia mendapatkan kenderaan dikeluarkan Hyundai Motor pada harga lebih kompetitif.

"Kita ada menetapkan beberapa syarat kepada Hyundai Motor untuk menggunakan komponen domestik dalam kenderaan yang dihasilkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia, yang mengikuti program lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan, di sini.

Pada hari kedua lawatan rasmi Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan tertutup bersama-sama konglomerat Korea Selatan terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI