PASIR MAS, 25 November - Keadaan banjir di Kelantan tiada perubahan dengan 76 orang masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 7.00 malam tadi, kesemua mereka terdiri daripada 19 keluarga berada di PPS SMK Beris Panchor, Bachok dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh, Rantau Panjang, Pasir Mas.
Sementara itu hanya paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras amaran iaitu 8.33 meter.
Manakala bacaan paras air sungai-sungai lain di Kelantan kekal biasa.