fb fb fb fb fb

Hujan lebat, ribut petir sepanjang hari, dijangka berlarutan sehingga Jumaat

KUALA LUMPUR, 9 Mac- Hujan lebat berterusan dan ribut petir dijangka berlaku sepanjang hari di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,sejak semalam berlarutan sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, di Semenanjung pada sebelah pagi hujan di satu dua tempat di Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta di kawasan pantai Kelantan

Sementara di Sabah ia berlaku di pantai barat Sabah, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat).

Di sebelah petang, ribut petir diramal di kebanyakan kawasan di Putrajaya, selain beberapa kawasan Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan beberapa tempat di pedalaman Perak, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Ribut petir juga diramalkan di ibu kota, Putrajaya, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan di beberapa kawasan pedalaman di Perak, Perlis, Kelantan dan Terengganu, pada petang ini.

Selain itu, ribut petir diramal di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, petang ini.

Ribut petir juga dijangka berlaku pada waktu malam, hari ini di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, pedalaman Pahang, selain hujan di ibu kota, Putrajaya, Johor, Samarahan, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Limbang dan di kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Selangor serta Negeri Sembilan.

Cuaca hujan lebat dan ribut petir juga diramal berlaku di kebanyakan kawasan di pantai barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak, pada esok dan lusa, sepanjang hari.

(Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan rendah-METMalaysia/Gambar fail)


Dalam pada itu, METMalaysia dalam tinjauan cuaca jangka panjang juga memaklumkan, Fasa Monsun Timur Laut yang telah bermula pada 3 November lalu dijangka berterusan sepanjang bulan ini.

Sepanjang tempoh monsun ini, negara lebih cenderung menerima tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dengan jangkaan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangkaakan berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Selain itu, kenyataan berkenaan menyebut, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan
laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Sepanjang Mac juga dijangka kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 100 mm hingga 400 mm yang melibatkan Negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya,

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan yang kerap banjir.

Media Baharu