fb fb fb fb fb

Hujan lebat dijangka landa empat negeri hingga 12 tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sehingga 12.00 tengah hari ini.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di negeri Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran cuaca sama turut melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol serta Tampin.

Selain itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Sabah iaitu Sandakan, Pitas dan Kudat.

ROSLINA BINTI DIN