KUALA LUMPUR, 16 Disember - 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi menempatkan 365 penduduk terjejas banjir di Terengganu dan Sarawak.
Kemas kini portal Infobencana JKM setakat 9.30 pagi memaklumkan 11 PPS beroperasi di Terengganu yang menempatkan 291 penduduk terjejas, melibatkan dua daerah.
Di Kemaman, 146 penduduk terjejas daripada 39 keluarga berlindung di 7 PPS sementara di Hulu Terengganu pula 4 PPS beroperasi menempatkan 145 individu daripada 50 keluarga terjejas.
Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan paras air di stesen Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut melepasi paras bahaya.
Manakala Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F2), Hulu Terengganu telah melepasi paras amaran.
Di Sarawak, situasi banjir semakin pulih dengan 2 PPS masih beroperasi di Miri yang masih menempatkan 74 penduduk terjejas banjir daripada 19 keluarga.