fb fb fb fb fb

Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Terengganu, Kelantan hingga Isnin

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 November- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan hingga Isnin ini (20 November).

Dalam kenyataannya,MetMalaysia memaklumkan keadaan itu dijangka melibatkan seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai bermula hari ini. 

“Amaran hujan berterusan (tahap buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh 6 jam,” menurut kenyataan itu.  

Hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama. 

Kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Sabah (Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI